Tuesday, December 7, 2010

Audio Produk

Audio Perniagaan Score A Program

Thursday, December 2, 2010

Ucapan Timb Menteri Pendidikan

Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan,
di Pelancaran Perasmian Portal Pendidikan Interaktif n
SCORE A PROGRAMME™pada 25 Ogos 2002
Syabas kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd atas usaha mereka kerana mampu menganjurkan program ini dengan jayanya. 
Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi. Pengaruh globalisasi menjangkau ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideology, pendidikan dan dari segenap aspek kehidupan masyarakat. Perubahan teknologi terutamanya perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara kita berfikir dan berkomunikasi. 
Generasi muda harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam teknologi ini. Disinilah rasionalnya kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak merealisasikan matlamat ini dalam pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak menunggu kita lagi. Warga pelajar harus disediakan untuk menguasai dan menerokai medium teknologi maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk memampukan mereka mampu bersaing dalam dunia global. Gelombang baru yang berlaku dalam pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat wajib diterima.
Keprihatinan kerajaan dalam isu ini di kalangan generasi muda sepatutnya disahut oleh semua pihak bagi memastikan kemampuan kita bersaing menguasai maklumat serba canggih. Perjuangan bangsa bukan sahaja terletak diatas bahu kita tetapi kita harus berganding bahu dengan generasi sekarang. Disini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan cita-cita murni ini.
Bertitik tolak dari inilah usaha Edu-2U Portal Sdn.Bhd. harus dipuji. Inisiatif syarikat ini harus dilanjutkan ke seluruh negara. Badan-badan kerajaan dan swasta sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bertindak untuk memastikan usaha ini direalisasikan.
Saya telah dimaklumkan juga bahawa syarikat Edu-2U Portal Sdn.Bhd., merupakan syarikat perintis menghasilkan program yang komprehensif untuk pelajar. Lebih membanggakan modul pembelajaran yang disediakan bersifat interaktif dan dwibahasa. Kejayaan inovatif ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kemampuan pelajar dalam menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Usaha untuk melahirkan portal pendidikan interaktif Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini amat saya kagumi. Teknologi berubah menuntut semua perubahan termasuk cara kita belajar. Saya yakin jika program ini dimanfaatkan dengan baik ia dapat menbantu pelajar kita dalam penguasaan bahasa, ilmu matematik dan sains.
Syabas sekali lagi kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd yang menunjukan keprihatinan mereka untuk menyahut gelombang baru dalam dunia pendidikan. Portal pendidikan interaktif ini mampu melahirkan masyarakat celik IT yang bermula dari peringkat kanak-kanak seiring dengan berpatah Melayu “ Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”
Dengan kata kata itu, maka saya dengan besar hati merasmikan Pelancaran Portal Pendidikan Interaktif Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Y.B. Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan

Thursday, November 25, 2010

Pelancaran Portal

PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A
PERINGKAT NEGERI JOHOR
oleh
Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006
Click to view more photos of this event

Thursday, November 11, 2010

Lembaga Pengarah

Mr. Jason Kok Min Chong
Presiden dan Group CEO

Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.
Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggugjawab mepelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.
En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.

Kepakaran:
  1. Pengurusan kewangan
  2. Pembina impian
  3. Perhubungan Networker
  4. Latihan sistem
  5. Sokongan sistem.
   
Puan Norlia Ahmad
Executive Iron Lady

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini