1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
2. Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output".
3. Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif
5. Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibubapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 5. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR, PMR dan SPM.
7. Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
8. Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif? Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.
9. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.
Apa yang akan anda dapat dengan program Score A ini?
Direka khas unuk membantu anak anda, ianya juga mempunyai 2 ciri-ciri khas untuk ibu bapa.
1. eTopic
Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.
Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)
2. eNational Trial Exam
Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
3. eTrial Exam
Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.
Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak anda tidak lagi boleh menjawabnya.
Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.
Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar mereka.
4. eAssessment
Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy.
Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya.
Dan kalau dia sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut!
Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi pada tahap yang sama.
Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.
5. ePast Year Exam
Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.
1. eProgress (khas untuk ibu bapa)
Seperti yang anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
2. eNotes
Anak anda juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).
3. eDictionary
Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan.
4. Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa
Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda (kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di Internet).
Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini masa anda tidak ada di rumah!)
Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).
5. Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Nak tahu performance anak anda berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Anda boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini anda akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek.
Jika anak anda tersenarai di sini, kemungkinan besar dia akan berjaya dalam exam sebenar nanti.
Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak anda kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari.