Thursday, November 25, 2010

Pelancaran Portal

PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A
PERINGKAT NEGERI JOHOR
oleh
Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006
Click to view more photos of this event

Thursday, November 11, 2010

Lembaga Pengarah

Mr. Jason Kok Min Chong
Presiden dan Group CEO

Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.
Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggugjawab mepelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.
En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.

Kepakaran:
  1. Pengurusan kewangan
  2. Pembina impian
  3. Perhubungan Networker
  4. Latihan sistem
  5. Sokongan sistem.
   
Puan Norlia Ahmad
Executive Iron Lady

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini

Thursday, November 4, 2010

Misi

Di dalam hati, kita sering menaruh harapan terhadap anak-anak. Tanpa disangkal lagi, banyak faktor luar yang turut menyumbang di dalam pembentukan kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun sebagai ibubapa, kita mampu memberikan kelebihan dititik permulaan kepada mereka sejak dari awal lagi.
'Mahu atau tidak , itulah persoalannya' ("To be or not to be, that is the question") kata-kata masyhur yang dipetik dari Hamlet oleh Shakespeare yang mana kita selalu bertanya pada diri kita dan terutamanya anak-anak kita. Apakah mereka akan jadi? Apakah yang kita inginkan mereka jadi? Yang penting sekali, apakah kita tidak ingin mereka jadi? Perbezaanya ialah, sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak kita.